Friday, July 16, 2010

Mengatasi Anak Kencing Malam (Enuresis)


Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun masih kencing malam.Jika masalah ini terjadi kepada anak anda,anda harus wajar mengetahui punca dan cara mengatasinya.

Apakah ENURESIS ?
Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam.
ia berlaku disebabkan :

-> ruang pundi kencing yang kecil
-> gangguan tidur,
-> kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.hormon ini penting untuk mengurangkan penghasilan kecing malam

Jenis-jenis kencing malam

-> kencing malam hanya di waktu malam (peringkat awal nokturnal enuresis)
-> kencing malam di waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing)- perlu penilaian oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.

Pontensi & Komplikasi
-> boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dan malu dalam diri kanak-kanak berkenaan. Ia boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan maslah sosial.
-> tekanan di dalam keluarga seperti sering dimarahi .

Cara rawatan
-> bersikap positif.elak memarahi sebaliknya beri ganjaran pada anak sekiranya dia tidak kencing malam
-> guna jam loceng untuk membangunkan anak anda setiap kali bila ia kencing malam.bertujuan untuk melatih mereka agar tidak tidur terlalu nyenyak dan mudah bangun apabila terasa ingin kencing.
->guna ubatan untuk membantu anak anda dan dabatkan bantuan doktor
-> Enuresis biasanya akan bertambah baik bila umurnya meningkat.

Cara lain
-> jangan salahkan anak anda ,ini bukan kesalahan yang disengajakan, ia adalah sejenis penyakit yang dihadapi oleh segelintir kanak-kanak.beri motivasi kepada anak anda untuk atasi masalah ini.
->kurangkan minum di waktu petang dan malam.ia mengurangkan pengumpulan air kencing yang berlebihan
-> bangunkan anak anda ditengah malam 2-3 kali untuk kencing.ia boleh mengelakkan kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
->gunakan lapik tilam kalis air.dapat menjimatkan masa anda untuk mengemas watu pagi sekaligus mengurangkan stres anda.


petikan Oleh :Zylla Ahmad
Majalah harmoni keluaran 15-31 julai 2010

1 comment:


  1. Info yang menarik. Memang sebenarnya enuresis ini bukan sejenis penyakit tetapi berlaku kerana struktur fizikal pundi kencing kanak-kanak yang masih kecil dan tidak dapat menampung volum air kencing yang terlalu banyak. Rawatan dengan melatih anak-anak kencing sebelum tidur, menyediakan lampu yang terang di bilik air dapat dan tidak menakutkan kanak-kanak sangat penting untuk memastikan simptom ini pulih dalam masa terdekat.

    ReplyDelete