Sunday, July 18, 2010

MAKAN-MAKAN - DI KLCC - THE APARTMENT restaurant & bar

Sekali - sekala jalan dengan hubby tanpa anak-anak terasa macam zaman bercinta..heheh..teringat masa couple dulu lepak-lepak kat KLCC masa tu KLCC baru jer siap..tu pun tak sepenuhnya hanya di main building jer...masa tu sempat juga pose kat depan KLCC.. belum ada camera digital lagi..semua pic-pic kena pi cuci simpan album...sekarang jer..semua masuk blog ..bukan apa ..jimat ..tak yah keluar duit beli album..ngehngehngeh. .tu la pasal kali ni weoallss saje-saje lepak kat KLCC nak mengimbau kembali nostalgia lama..so..pose la jugekkk...sebelum menikmati suasana ni KLCC tu kami terjah dulu untuk mengisi perut yang sedang kelaparan...singgah la kejap makan kat The Apartment Restaurant & Bar. Kira ok la bagi sesapa yang nak try....sib baik la..weoallss 2 orang jer....kalau ada anak-anak..kopak..beb...mau dekat 3 rat utk 4 jenis makanan....huhuhu..so..2 menu cukup la....nama pun KLCC ....tempat tumpuan pelancong..apalagi harga pun ikut tourist le..


Info :---> Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.

Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.

Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas dan sebilangan anak syarikat dan syarikat sekutunya, manakala ruang pejabat di Menara Dua pula disewakan ke syarikat-syarikat lain.Antara syarikat-syarikat yang mendirikan pejabat dalam Menara Dua termasuk Accenture, Al Jazeera English, Carigali Hess, Bloomberg, Boeing, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, TCS, HCL Technologies, Krawler Networks, Microsoft, The Agency (syarikat peragaan) dan Reuters.Di bawah bangunan ini, terdapat sebuah Taman KLCC seluas 17 ekar (69,000 m²) yang tersedia lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, kolam randuk, dan taman permainan kanak-kanak. Suria KLCC ialah salah sebuah pusat beli-belah terbesar di Malaysia.
Terdapat sebatang jejantas angkasa yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat tertinggi di dunia.Jejantas ini tidak dipasang terus pada struktur utama, sebaliknya direka agar berlongsor ke dalam dan luar menara agar tidak patah akibat angin kencang Jambatan ini terletak 170 meter (558 ka) dari paras tanah dan panjangnya 58 meter (190 ka), dan beratnya 750 tan (750,000 kg).Tingkat 41 dan 42 juga dikenali sebagai podium, kerana para pelawat yang hendak ke tingkat lebih tinggi perlu menukar lif di sini. Jejantas ini terbuka kepada semua pelawat, asalkan mendapat pas percuma yang diberi mengikut resmi siapa dulu dia dapat (terhad kepada 1700 orang sehari).Para pelawat hanya dibenarkan berada di tingkat 41 kerana tingkat 42 hanya dibuka kepada kakitangan penghuni bangunan.
ini je..info yang dapat Cik JJ berikan...sesiapa nak tahu lebih lanjut masuk wikipedia yer..hehehe

view dari bawah KLCC

sedap beb..makan nasi dengan steak ..??
so akhirnya hubby pilih sirloin steak with rice and Cik JJ try rice & cod fish with aioli


tengah duk belek nak makan apa...

info KLCC :- di petik dari wikipedia

No comments:

Post a Comment