Saturday, August 28, 2010

BERBUKA PUASA DI - HARD WOOD KAFE SEREMBAN 2

lepas jer..penat-penat bershopping di SOGO..Cik JJ n Miss Fida berbuka puasa di HARD WOOD KAFE dekat Seremban2.. Cik JJ suggest pada uoalllss suma..best makan kan sini..masakan ala kampung Negori Sembilan eee memang power...owner nyer pun memang orang Kuala Pilah ..so tak heran la..semua masakannya huh...malatop...so..bagi sesiapa yang gemar masakan negori boleh la singgah kat sini...tak mahal pun..


barisan kuih muih

gulai ikan terung belanda
sotong masak merah

ini lah dia..barisan lauk-pauk di HARD WOOD KAFE

antara menu yang kami pilih...

kuih muih spt karipap,cucur udang,lengkong,cekodok pisang

ayam ni..memang special..biasa kalau cik JJ singgah makan di sini memang tak mis menu ayam kampung special.

fida pilih ..terung berlada, udang kertas masak merah,gulai kuning daging

cik JJ pilih menu pedal masak kacang, udang kertas masak merah,terung berlada, n gulai kuning

suasana ala Bali di HARD WOOD KAFE

sebelum berbuka tu ..weollsss sempat meninjau-nijau kawasan HARD WOOD ni..sempat jugak la..berposing..cehh..wah..promote nie..


SHOPPING RAYA 2010 - lalalalalaal

syukur alhamdulillah diatas kurniaan rezeki yang telah diberikan oleh Allah s.a.w kepada cik JJ..maka pada tahun ini banyak lah shopping sikit..hehehe...okeehhh...ni nak citer bab2 shopping dan berbuka..biasa la tu..bulan-bulan puasa orang sibuk pergi berbuka,bersahur dan berbelanja untuk raya..bagi Cik JJ terpulang kepada individu....ada rezeki jalan...jer....khamis lepas 26 ogos Cik JJ telah stat shopping ...kali ni Cik JJ pilih SOGO .dah lama tak pi shopping di SOGO mau dekat 3 tahun..yang best jalan shopping dengan member..apalagi...sentak sampai 4 jam dalam SOGO..kalau dengan hubby tu dalam 2 jam jer...heheh..tak beli banyak pun...sambar kasut ZANG TOI n baju kurung..untuk anak-anak pulak beli 2 tshirt HUSH PUPIES..murah..sale 70% tu.....(sebenarnya untuk dier org dah beli awal2 pun..saje gatal nak beli lagi...tak tahan tengok baju lawo2...)...untuk hubby n ayah tak beli lagi...pasal saturday dah janji dengan hubby nak shopping bersama di Midvaley & the Gardens ...pukul 5 kuar dari SOGO terus chow balik Seremban..

fida...member lepak n shopping..1 kepala ngamm punya...hehehhe..

Wednesday, August 18, 2010

BERBUKA PUASA RM 2 SAHAJA

Waa..baru jer cik JJ terbaca dalam email nie...dengan harga RM 2 kita boleh menikmati 3 ke 4 jenis lauk bersama segelas air dan makan sepuasnya..wow! murah tu..3 jenis lauk..betul ker tak ?
menurut sumber bacaan nie..Restauran tersebut terletak di seksyen 7 ,Shah Alam namanyer RESTORAN MALAYSIA NEGARA KU..hehe namnya pun unik & simbolik tentulah ada kelainan pada harganyer...untuk makan disini ada syaratnya juga..pelanggan kena tunjuk kat pengenalan sebagai bukti warganegara Malaysia..mungkin bukan warganegara harga lain kot..heheheh..
satu lagi pemilik restauran mengetengahkan konsep layan diri bukan setakat ambil makanan tetapi juga pelanggan perlu membasuh pinggan selepas makan..

konsep macam makan kat rumah la..lepas makan kena basuh...heheh..bagi sesiapa yang berminat boleh la cuba makan di MALAYSIA NEGARA KU..

Tuesday, August 17, 2010

BERBUKA PUASA DI KAMPUNG

kali nie Cik JJ nak citer pulak keseronokan berbuka di kampung..memang syok..apa taknya dapat berkumpul dengan famili dah lama Cik JJ tak balik Pilah rindu rasanya dengan masakan my mom..biasa balik kg mesti mama tanya nak makan apa..aa...oder jer mesti mama akan masak masakan permintaan anak-anak..itu lah my mom memang suka masak..kalau tak penuh 1 meja tak sah..yang kesian weoallsss la...penat nak menghabiskan..anyway tq so much to my beloved mummy...So..last week dapat la Cik JJ balik berbuka dan bersahur di kampung..selain tu ayah ada buat doa selamat skit among famili members je...almaklum sebelum ramadan tak berkesempatan nak buat dan weoallss pun sebuk.so apalagi .layannnn makan-makanan berbuka puasa weaollsss nie..


ada masak lemak labu , masak lemak cili api daging kering fuhhh terliur dah nie...
kuih kelepong my grand ma yang buat ,apam,popia goreng dan kuih bakul (betul ker nama ee kuih bakul..ntah blasah jer la...) nie my bro amir yang beli...

puyuh goreng oyster, sambal udang petai, pucuk manis masak lemak + keledek, kicap asam untuk cicah ikan...fuhh melelehhh.....

cencaru & terubuk bakar
kembung bakar
kerang bakar..
bacaan doa sebelum berbuka ..
my chef ...hubby memang dah pajak job bakar membakar nie..

Sunday, August 15, 2010

BERHATI-HATI . NAK CANTIK BAWA PADAH

hishhhh...macam-macam sekarang nie..hari ni.Cik JJ baca paper ada pulak berita tentang ubat-ubat dan kosmetik yang beracun...itu lah dia kalau pengeluar hendak kaya cepat dan tidak memikirkan tentang keselamatan pengguna.yang pengguna pula suka ambil jalan singkat untuk nampak cantik dan langsing....paling terkejut ada produk-produk kosmetik tu memang dah terkenal di Malaysia...ermm..ada juga produk yang Cik JJ penah guna pun..tapi nasib baik bukan produk yang di black list..fuh selamat..n Cik JJ pun dah tak pakai produk-produk tu now..untuk kosmetik cik JJ telah berubah kepada produk yang berasakan tumbuhan-tumbuhan dan selamat, tak pe mahal sikit janji kulit muka nie...bersih tidak berjerawat, penuh dengan nutrious dan mineral..serta sihat..betul tak...heheh..untuk pelansingan badan....banyakkan bersenam dan kurangkan makan itulah yang paling mujarab dan makan makanan yang seimbang...

produk ini mengandungi salah satu dari hydroquinone dan tretinoin
produk ini ada sibutramine


INFO

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body TrimzProduk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal SprayProduk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps
Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG

3D MOVIE - THE LAST AIRBENDER

dalam bulan puasa nie..ari jumaat la yang paling lama kita berehat..apalagi cik JJ n geng (Fida) gi lepak tengok wayang ler..heheh nak shopping pun x der mood lagi..lepas jer balik dari site visit terus pi TGV JJ Seremban2 terus beli tiket tengok The Last Airbender in 3D ..1st time pengalaman tengok 3D movie.Before this just tengok kat genting jer..yang budak-budak selalu masuk tu..hehe.so kali nie..haaa...dapat tengol betul-betul gambar 3D..kena pakai spek laa...kalau hilang atau patah spek tu ..kena ganti rm 120..memang kena jaga betul2..yang paling kelakar sebelum nie masuk wayang harga tiket ciput jer..ha..kali ni ambik ko double...tak kisah la double ke triple ke...janji dapat tengok movie 3d yang menjadi trend skrang..kena la cuba kalau nak merasai kehebatan dunia teknologi...ye..tak....apa-apa pun..weolllsss enjoy u...n movie ni Cij JJ bagi *** ...layannn...

hehehe sempat lagi nak interprem..tapi penat juga pakai spek 3D nie..sesiapa yang tak biasa mesti tak selesa.

Thursday, August 12, 2010

FAKE GREEN PEAS (Kacang Hijau)

browns peas
green peas
Green peas are green rounded pea seeds that are sweet and starchy in taste. Green peas contains twice the protein of most vegetable, so they are a healthier substitute for meat. Three quarters cup of peas provides 6 grams of protein, plus thiamine, riboflavin, niacin, calcium, iron, phosphorus, potassium and 645 units of vitamin A.

Unfortunately most of food industries in developing nations cheating the customers with
fake greens peas which are prepared from toxic chemicals (dyes). These industries preparing the green peas form brown (cheaper) by soaking them in dye solution for overnight. .
All these chemicals have been banned by US food and drug administration in 1974 itself.
Frequent consumption of fake green peas leads to colon and bladder cancer.

All these fake green peas banned in US, Canada, all European countries and other developed countries.

Identification of fake green peas:

1. Put the peas in boil water for 30 seconds, water turns to green color.
2. After consumption check your tongue to observe green color stains and light bitter in taste.
Symptoms
1. Stomach irritation, pain or acidity.
2. Urine turns to light green color.
3. Mild head ache.
above mentioned peas in laboratory chemist find the toxic chemicals (green dyes).




Wednesday, August 11, 2010

Kesilapan Kerap Muslim, Pada Bulan Ramadhan


Kesilapan Kerap Muslim Pada Bulan Ramadhan
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18). Erti Hadith : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.


5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8 ) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)


10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain. Nabi Muhammad menceritakan :- ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih) Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


artikle Oleh Zaharuddin Abd Rahman

6 PROSEDUR PERUBATAN PUASA TIDAK BATAL


Banyak perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Antarabangsa dalam persidangan ke-10 di Jeddah Arab Saudi


Ada enam prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa.


1. menitiskan ubat ke dalam mata, hidung dan telinga. Dengan syarat ubat tersebut tidak sampai ke tekak.

2. menderma atau menerima pemindahan darah.

3. mengambil ujian darah.

4. menjalani rawatan pergigian seperti mencabut, menampal dan mencuci gigi.

5. menjalani rawatan hemodialisis atau dialisis peritoneal (PD)

6. menjalani ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair ke dalam perut



Artikel dari Kosmo

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Tuesday, August 3, 2010

TERJAH KE i-CiTy Shah Alam

I-City like a Lights Wonderland ..i was immobilized when we first arrived.. .what an interesting and happening places. Wow..best tu..keindahan dan kegermelapan bandar berlampu LED yang berwarna-warni.. .of coz blink blink n wink wink all the place..heheh anyway we happy n enjoy our journey....sib baik tak hujan daaa...
one..two..3..smile...
memang cik JJ kagum sangatlah dengan lampu-lampu kat sini..serius cakap..paling cantik pernah jumpa...beside chandelier la...hehhee
hani..sebuk jer nak beli yang kat atas kepala tu...headband bunny & mickey

ada pulak uptown kat sini...seronok..memang ramai yang datang especially malam minggu ..so sesiapa yang nak datang ke sini..datang awal..kalau tak nanti pukul 10 atau 11 tak tentu boleh dapat masuk..
macam2 ada ..yang begitu teruja mesti la kids n ladies..

sentuhan dan idea yang kreatif di buat dari lampu-lampu terhasillah taman ala snow dengan tema xmass.


macam bintang walk da...hehhee...

background pic tu yang cantik...

dinasour land...full of colours

pemandangan yang mengasyikkan di i city. i..luv ..it

geramnyer tengok...sampai baterry kong ....asyik snap sana..snap sini..
what a nice view...

tenguk tu....marbelesss.....





belum masuk lagi dah cantik..memukau..